Assalamualaikum ...
31/12/13 4:00am : Sedang aku lena diulit mimpi , tiba-tiba aku merasakan perut ku memulas-mulas hendak membuang air besar, aku pun bangun dri tdur dan pergi menunaikan hajat tersebut, selepas selesai aktiviti itu , aku kembali ke katil dgn niat nak sambung tidur, tapi niat ku tergantung kerana selepas 5 minit kesakitan itu datang kembali , aku pun pergi ke tandas dan melakukan aktivit yg sama .. setelah selesai . aku kembali ke katil dan duduk termenung... ''aku makan apa yg tadi ? '' ''ouh , Prosperity Mcd . Agaknya disebabkan lada die yg banyak buat aku sakit perut mcm nie, harap-harap baby okay , sbb paginya nnt aku mmg ade appoiment so boleh scan and look and see'' bercakap sendirian di dalam hati .. badan ku kembali baring dan cuba melelapkan mata , tapi gagal kerana kesakitan itu datang kembali , aku pun pergi ke tandas tapi kali nie tidak ade hasil nya dan aku pun keluar dari tandas dan jalan ke hulur ke hilir sambil diperatikan oleh adek ipar aku sorg tu ... aku masuk balik ke bilik Bella dan duduk menahan kesakitan sambil tgk tv cerita tentang monyet ...
Selepas 2 jam menahan sakit , azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh , aku bergegas ambil wudhuk dan solat sambil menahan sakit yg datang kejap kejap, aku x nak ganggu umi dan baba yg sedang tidur lena .. aku whatsapp di group keluarga ku '' kenapa ara rasa kejap2 sakit nie , nie silap makan ke ape'' ibu ku menjawab '' tu sakit mcm nk bersalin je .. '' aku balas balik '' yeke bu .. sakit nya 5 minit datang 5 minit datang '' ibu ku menjawab dgn risau '' ye sara tu sakit nk bersalin , pergi bgtaw umi cepat '' aku terus telefon suami ku yg jauh di ampang sana '' bieyy , saya sakit nie , sakit sgt kt perut nie'' suami ku pun ckp '' pergi kt umi sana , saya kan kat ampang ni'' ''yelaaa , ok ''aku terus letak call ... pkul 7 mcm tu , aku ke bilik umi '' umi .. ara sakit nie sakit sgt perut nie ... umi kata '' sara siap2 jap lg kite gi klinik check .. ok '' Hampir jam 8 mcm tu aku menunggu mereka siap tiba-tiba aku melihat ada darah mengalir .. perasaan aku ketika itu penuh dengan tnda tanya , nie darah apa pulak .. '' umi ...'' aku memanggil ibu mertuaku .. '' nie darah apa nie '' dengan risaunya umi dtg ke arahku '' sarah sakit mcm mne ? nak bersalin dah ke ?'' ''sara sakit kejap2 dari pkul 4 td , pastu ni trun darah '' aku menjawab dengan nadan yg sederhana.
bimbang , takut , sakit semua adaaa ketika itu ..
Aku bergegas ke hospital bersama ahli keluarga mertuaku , aku menahan kesaitan di dalam kreta .. rasa mcm nk terkeluar aje bayi dalam kandungan ku ini ...
sampai sahaja di hospital swasta yg selalu aku buat check up , dan masuk ke bilik rawatan , dokter pun check , dan ckp aku mmg nak bersalin , tapi ketika itu kandungan aku masih 8 bulan .
pihak hospital itu x dpt menerima aku kerana mereka memberi alasan tiada ICU utk bayi lahir x ckup bulan .
 |
| sedang menahan kesakitan ditemani ibu saudaraku dan nurse di hospital swasta . |
aku dihantar ke hospital kerajaan yg berdekatan dan terus ke wad bersalin .. mereka menanyakan detail2 aku ketika aku sedang sakit2 kerana aku x bawk apa2 dokumen sbb ianya satu benda yg x dijangka . mereka mengesahkan pembukaan cm aku 10cm dan memang nk bersalin dah ..
Aku diusung menggunakan katil ke labor room ..suami ku tidak dpt menemaiku kerana dia datang dari ampang lewat dan pihgak hospital x benarkan suami berada disisiku .. (hosp kerajaan , mmg mcm tu ). aku masuk labor room jam 9 pagi , 9:15 bayi selamat dilahirkan. push yg pertama air ketuban aku pecah merecik habes kne dokter yg sedang membantu aku utk bersalin .. push kedua seterusnya ketigaa lahirlah bayiku seberat 1.85 kg ...
 |
| ni dia masa dlm inkubator |
 |
| this is my hero .... |
 |
| its him |
aku ditahan wad selama 10 hari utk pemantauan bayi yang pramatang . kesian anakku kerana disuntik berkali2 utk memeriksa kuning dan sentiasa berjemur di lampun violet , pada mulanya dia ditempat ke dlam inkubator selama beberapa hari utk pemantauan berat badan dan suhu badannya , aku hnya datang memberi dia breastfeeding directly dan tgknya diluar .. sehinggalah aku stay dihospital di wad bayi pramatang , dan selama 10 hari itu aku memastikan kuning nya kurang dan berat badanya bertambah , and after that aku keluar dari hospital dengan gembiranya ..
its time my family meet his new family .
rewind : kisah aku di dalam wad ...
bile ada di wad , hati dan pikiran aku melayang kerumah , selalu menunggu bilelah aku dapat balik nie , xbest dok kat wad kerajaan . dengan berpantang nya lagi .. adoii ... hari isnin pada hari keenam aku dibenarkan pulang kerana bayi ku sudah tiada kuning dan berat badanya stabil . hanya perlu berjumpa dengan APE NTAH aku pun tak ingat dah .. tp kne jumpa die dulu lah bru bleh balik .. sbb kne dpt surat dri die .. aduii .. sepatutnya aku boleh jumpa die ptg itu , tp die sebuk dan aku terpaksa duk di wad lagi ... Aku dpt jumpa dengan org tu pada hari selasa dan settle kan hal dgn die .. pada hari rabu hari yg ke 8 aku menimbang berat anakku dan dapati ianya turun 1.7kg .. aku menagess kerana ditahan wad .. dan keeseokkan harinya anakku kena kuning yg tinggi .. pada malam itu juga aku tidak tdur nak struggle memberi anakku susu badan setiap 1 jam , dan pada saat menimbang berat badan , aku sudah mengantuk giler kerana semalaman x tdur , aku biarkan nurse yg uruskan semua nya , lampu viotlet pun dipadam kerana kuning anak ku tiada dan berat badan anakku pun bertambah dan stabil 1.85kg .. aku dibenarkan utk pulang pada petang jumaat itu .. Alhamdulillah ...


 |
| baju shaye besar even a new born punyaa |
INILAH PENUTUP BAGI TAHUN 2013 AKU ....
jom sambung lagi ke title seterusnyaa . madam tengah rajin niee . hihihih . see youu .